Bitcoin halving adalah proses pengurangan ganjaran yang diberikan kepada penyelesaian blok oleh para penambang ataupun "Miner" Bitcoin, yang berperanan sebagai pemastian transaksi dalam blockchain Bitcoin. Penambang Bitcoin adalah individu atau entiti yang menggunakan peralatan komputer khusus untuk menyelesaikan masalah matematik kompleks, yang dikenali sebagai "proof of work", dalam rangka untuk memvalidasi dan merekodkan transaksi dalam blockchain Bitcoin.
Bitcoin halving merupakan peristiwa penting dalam ekosistem cryptocurrency yang mempengaruhi dinamik dan persepsi pelabur terhadap mata wang digital Bitcoin. Dengan mengurangkan separuh ganjaran yang diberikan kepada penyelesaian blok oleh para penambang ataupun "miner", halving menunjukkan sifat keterbatasan bekalan Bitcoin dan memainkan peranan penting dalam penetapan harga serta perubahan struktur pasaran.
Sejarah Bitcoin Halving
Bitcoin halving bermula sejak dilancarkan pada tahun 2009. Setiap halving berlaku setiap empat tahun, dan sejak itu, telah berlaku tiga kali. Halving pertama berlaku pada November 2012, yang menyaksikan ganjaran blok dikurangkan dari 50 BTC kepada 25 BTC. Halving kedua berlaku pada Julai 2016, mengurangkan ganjaran kepada 12.5 BTC. Kemudian, halving ketiga berlaku pada Mei 2020, menurunkan ganjaran kepada 6.25 BTC.
Kepentingan dan Impak
Kepentingan Bitcoin halving tidak dapat diragukan, kerana ia mempengaruhi beberapa aspek penting dalam pasaran cryptocurrency:
Bekalan Terhad: Dengan setiap halving, keterhadan bekalan baru Bitcoin diperjelaskan. Pengurangan bekalan baru dalam pasaran menunjukkan sifat deflasi mata wang digital ini, yang menarik minat pelabur sebagai aset yang mampu mengekalkan ataupun meningkan dalam nilainya. Jumlah maksimum Bitcoin yang akan beredar adalah 21 juta unit, dengan bekalan tersebut dijangka akan dicapai pada tahun 2140.
Penawaran dan Permintaan (Supply & Demand): Pengurangan bekalan baru menimbulkan tekanan pada penawaran Bitcoin. Dalam teori ekonomi, pengurangan bekalan yang dikombinasikan dengan permintaan yang kekal atau meningkat, cenderung untuk meningkatkan harga aset tersebut. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi berbanding dengan bekalan yang semakin terhad.
Pertumbuhan Jangka Panjang: Sementara halving memberi kesan sementara kepada harga Bitcoin, ia juga menunjukkan kepada pelabur bahawa aset ini direka untuk pertumbuhan jangka panjang. Dengan setiap halving, Bitcoin menunjukkan sifat keabadian dan ketahanan, yang menyebabkan keyakinan pelabur dalam nilai aset ini.
Sentimen Pasaran: Bitcoin halving juga mempengaruhi sentimen pasaran secara keseluruhan. Ia sering kali dilihat sebagai titik fokus bagi pelabur, penyelidik, dan ahli industri, yang mempengaruhi keputusan pelaburan dan aktiviti perdagangan dalam pasaran cryptocurrency.
Bitcoin halving yang seterusnya dijangka berlaku dalam 69 hari lagi. Bitcoin halving merupakan peristiwa yang penting dalam ekosistem cryptocurrency, yang memainkan peranan kunci dalam penetapan harga, struktur pasaran, dan persepsi pelabur terhadap Bitcoin. Sementara ia menyediakan peluang untuk pertumbuhan dan keuntungan, ia juga menimbulkan risiko dan cabaran yang perlu diambil kira oleh pelabur. Dengan pemahaman yang mendalam mengenai halving dan dinamika pasaran, pelabur dapat memaksimumkan potensi keuntungan sambil mengurangkan risiko yang terlibat.
Baca lagi:
Platform Pertukaran Kripto Berlesen Di Malaysia - Pilih Yang Mana?