Blockchain Malaya Logo
kripto

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim Bertemu Pengasas Binance CZ. Perbincangan Teknologi Blockchain di Malaysia.

Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi blockchain.

Changpeng Zhao CZ meets Malaysian Prime Minister Anwar
Oleh Fahmi pada 4/26/2025, 8:21:57 AM

Malaysia: Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan dalam kenyataan di X, mesyuarat yang produktif bersama pengasas dan bekas CEO Binance, Changpeng Zhao (CZ), mengenai pengembangan aset digital dan sektor blockchain di Malaysia.

Anwar berkata Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi hab serantau bagi inovasi blockchain, turut dikatakan bahawa dialog positif sedang dijalankan dengan pihak berkepentingan dan badan kawal selia untuk menggalakkan transformasi digital dengan bertanggungjawab.

“Malaysia mempunyai peluang untuk memimpin dalam ekonomi digital dengan menerima teknologi blockchain serta tokenisasi instrumen kewangan” kata Anwar.

Perdana Menteri Malaysia menyatakan niatnya untuk meneruskan perbincangan dengan badan-badan kerajaan. Termasuk, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia,SC), Bank Negara Malaysia (BNM), dan Kementerian Digital (Ministry of Digital).

Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka rangka polisi yang memudahkan inovasi sambil memastikan pematuhan kawal selia, membina rangka asas bagi kepimpinan Malaysia dalam sektor blockchain, fintech dan kewangan tokenisasi.

Malaysia Prime Minister Anwar Ibrahim Binance CZ Blockchain

Inisiatif Transformasi Digital yang Diterajui Kerajaan

Anwar turut menekankan kepentingan pemimpin kerajaan dalam mempercepatkan penggunaan blockchain merentas sektor, seperti pendigitalan infrastruktur awam, tokenisasi kewangan, dan inisiatif inovasi merentas sempadan.

“Dengan langkah yang betul, Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi digital global ini,” katanya.

Pertemuan dengan CZ hadir sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia yang lebih luas untuk menarik inovator blockchain berkualiti tinggi dan mewujudkan persekitaran kawal selia yang mengimbangi kemajuan teknologi dengan keselamatan kewangan dan perlindungan pelabur.

Ingin tahu platform kripto yang berlesen di Malaysia? Klik sini untuk senarai yang diluluskan oleh SC Malaysia.

Anda mungkin suka