Blockchain Malaya Logo
kripto

Apa itu P2P (Peer-to-Peer)?

P2P merupakan transaksi langsung antara dua individu tanpa memerlukan perantara seberti bank.

Apa Itu P2P?
Oleh KC pada 10/18/2024, 3:49:55 PM

Apa itu P2P (Peer-to-Peer)?

P2P merupakan transaksi langsung antara dua individu tanpa memerlukan perantara seberti bank. Ia adalah salah satu nilai asas blockchain seperti yand dicadangkan olen pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto.

Satoshi Nakamoto memperkenalkan dunia kepada Bitcoin pada tahun 2009 sebagai sistem tunai elektronik Peer-to-Peer (P2P), yang membolehkan individu terlibat secara langsung dalam membeli, menjual dan berdagang mata wang kripto tanpa bergantung kepada perantara.

Kelebihan P2P

Global

Pertukaran P2P biasanya menawarkan pasaran global, membolehkan pengguna berurus niaga dengan pembeli dan penjual di seluruh dunia, menawarkan pelbagai mata wang dan kaedah pembayaran.

Pelbagai kaedah pembayaran

Saluran tradisional terhad dalam pilihan pembayaran, berbanding dengan pertukaran P2P. Pertukaran P2P boleh menawarkan lebih daripada 1,000 kaedah pembayaran, daripada pindahan bank, e-dompet, dan juga setakat transaksi bersemuka.

Escrow

Sesetengah pertukaran P2P menawarkan perkhidmatan escrow untuk melindungi pengguna P2P. Perkhidmatan escrow membolehkan dana dipegang oleh platform P2P yang dipercayai dan dikeluarkan hanya apabila transaksi selesai mengikut terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dalam jangka masa yang ditetapkan. Jika transaksi gagal diselesaikan dalam masa yang dipersetujui, dana akan dikembalikan kepada penjual.

Urus niaga P2P mempunyai risikonya, dengan penipuan menjadi yang paling berleluasa. Mari kita lihat kelemahannya di bawah.

Kelemahan P2P

Penipuan

Terdapat banyak jenis penipuan yang berlaku dalam transaksi P2P. Antaranya adalah:

Penipuan resit palsu

Penipuan ini melibatkan pembeli memberikan bukti pembayaran palsu, seperti resit atau penyata bank yang diedit. Penipu selalunya akan menekan anda untuk menyelesaikan transaksi apabila memberikan resit palsu, apabila transaksi selesai, terdapat peluang yang nipis untuk mendapatkannya semula.

Apa yang boleh anda lakukan?

Beri perhatian kepada maklumat yang dihantar kepada anda, pastikan ia adalah tepat dan sentiasa semak akaun bank atau dompet kripto anda untuk mengesahkan anda telah menerima dana sebelum menyelesaikan transaksi.

Customer Service palsu

Satu lagi penipuan biasa dalam kripto ialah sokongan pelanggan palsu di media sosial, terutamanya di X (Twitter), Telegram, Facebook dan kadangkala Instagram juga. Pengguna yang pergi ke media sosial untuk meminta bantuan, biasanya berhadapan dengan balasan penipuan yang akan membawa pengguna ke laman web palsu atau meyakinkan mereka untuk memasukkan butiran akaun atau dompet.

Apa yang boleh anda lakukan?

Hanya pergi ke sumber rasmi untuk mendapatkan bantuan, pastikan anda berada dalam laman web yang betul, jangan klik pada pautan, e-mel, atau mesej yang tidak diketahui.

Penipuan pemindahan yang salah

Penipu akan cuba membatalkan transaksi P2P selepas selesai. Penipu akan menghubungi bank mereka untuk membatalkan urus niaga, mendakwa jumlah pindahan itu satu kesilapan atau akaun telah digodam.

Apa yang boleh anda lakukan?

Kumpulkan bukti seperti transaksi dan screenshot chat dengan penipu tersebut. Buat rayuan dengan perkhidmatan pelanggan pertukaran P2P yang digunakan.

Secara amnya, anda harus sentiasa berwaspada, sentiasa mengambil screenshot perbualan dan transaksi sebagai bukti. Lakukan penyelidikan anda dan hanya berdagang di platform P2P yang bereputasi dan dipercayai.

Semak transaksi betul-betul sebelum menyelesaikan transaksi. Kekal di saluran komunikasi platform, jangan bersembang terus dengan orang lain di saluran luaran seperti WhatsApp atau telegram.

Kelemahan lain perdagangan P2P termasuk kelajuan dagangan yang lebih perlahan dan “liquidity” rendah. Disebabkan oleh sifat P2P, masa yang diambil untuk menyelesaikan transaksi boleh menjadi lebih lama, dan juga liqudity yang lebih rendah daripada bursa berpusat. Peniaga yang berurusan dengan jumlah yang besar akan memilih dagangan di kaunter (OTC) atau membeli melalui CEX.

Anda mungkin suka