Dalam dunia kripto, sistem konsensus adalah komponen penting yang memastikan kepercayaan transaksi. Dua kekanisme konsensus yang terkenal dalam blockchain adalah Proof of Work (PoW), ataupun Bukti Kerja, dan Proof of Stake (PoS).
Proof of Work (PoW)
Bukti Kerja adalah model konsensus yang pertama digunakan dalam jaringan Bitcoin, dan ia juga digunakan dalam banyak blockchain lain. Dalam PoW, para penambang menggunakan daya komputasi untuk menyelesaikan teka-teki kriptografi yang rumit untuk memvalidasi dan menambahkan blok baru ke dalam blockchain. Penambang yang berjaya memecahkan teka-teki tersebut akan diberi ganjaran dalam bentuk kripto, seperti Bitcoin.
Kelebihan PoW:
Kebolehpercayaan yang Tinggi: PoW memerlukan penggunaan daya komputasi yang besar untuk menyalin atau memalsukan transaksi, menjadikannya agak mustahil untuk menipu atau memalsukan blockchain.
Desentralisasi: Siapa sahaja boleh menjadi penambang dengan peralatan komputer yang mencukupi, menjadikan jaringan lebih terdesentralisasi di sekeliling dunia.
Kelemahan PoW:
Kos Energi yang Tinggi: Penyelesaian teka-teki PoW memerlukan banyak tenaga dan sumber daya, yang boleh menyebabkan impak negatif pada alam sekitar dan memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, penambang Bitcoin mengambil inisiatif untuk menerapkan sumber tenaga yang mesra alam dalam operasi mereka. Penambang Bitcoin menghubungkan operasi penambangan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti hidroelektrik, angin, atau solar. Dengan menggunakan tenaga berlebihan dari sumber ini yang sebaliknya akan terbuang, penambang dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dan mengurangkan jejak karbon mereka.
Skalabiliti Terbatas: Proses PoW mungkin menjadi lambat atau mahal jika jumlah transaksi meningkat dengan pesat.
Proof of Stake (PoS)
Proof of Stake (PoS) adalah alternatif kepada PoW yang muncul sebagai penyelesaian terhadap kelemahan kos dan skalabiliti dalam PoW. Dalam PoS, validator yang dipilih bergantung kepada jumlah koin yang dimiliki, bertanggungjawab untuk memvalidasi blok transaksi. Ganjaran dalam PoS diberikan kepada validator yang bertindak jujur. Proses ini memerlukan jauh lebih kurang tenaga berbanding PoW, menjadikannya lebih efisien dari segi tenaga dan lebih mesra alam. Projeck seperti Ethereum, Tezos, dan Cardano menggunakan PoS.
Kelebihan PoS:
Kos Energi yang Rendah: PoS tidak memerlukan daya komputasi yang besar, menjadikannya lebih mesra alam dan lebih murah dari segi tenaga.
Skalabiliti yang Lebih Baik: PoS mempunyai potensi untuk menangani lebih banyak transaksi dengan lebih cepat dan dengan kos yang lebih rendah berbanding PoW.
Kelemahan PoS:
Konsentrasi Kekuasaan: Pemegang koin yang besar mempunyai lebih banyak kuasa dalam jaringan, yang boleh menyebabkan sentralisasi jika tidak diurus dengan baik.
Penalti: Validator yang melanggar peraturan boleh dikenakan penalti yang melibatkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan koin mereka.
Kedua-dua PoW dan PoS mempunyai ciri-ciri unik yang boleh digunakan dalam pelbagai konteks. PoW memberikan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi dengan kos yang tinggi serta proses yang lambat, manakala PoS menawarkan kecekapan yang lebih baik dari segi kos dan tenaga. Pemilihan antara kedua-duanya bergantung kepada keutamaan komuniti dan keperluan projek kripto tertentu.